Pages

Sunday, December 18, 2011

Ada Benda Kita Tak Tahu Tentang Dia



Kita berkongsi satu rumah dengan seorang kawan,satu universiti tetapi berlainan fakulti. Kita medic dan dia engineering. Disebabkan dia selalu sibuk siapkan projek final year,dia tak sempat keluar pergi beli makanan,jadi kita lah yang selalu beli makanan untuk dia.

Satu hari,kita demam teruk,nak bangun beli makanan pun tak mampu. Kita pun mesej dia minta tolong dia belikan nasi untuk kita. Kita tunggu sampai petang tapi dia tak balik lagi tapi nak buat macamana, kita demam,tak larat nak pergi beli sendiri,jadi kita pun tidur.

Dekat Magrib dia pun balik rumah,dia terus masuk bilik dia dan kunci pintu. Kita ketuk pintu bilik dia tanya dia beli tak nasi kita,dia jerit kata tidak. Kita tak puas hati la tapi kita tak nak gaduh besar,kita pun simpan dalam hati.

"Bangang ar...Aku bukan selalu pun minta tolong,kali ni je,tu pun sebab aku demam. Lagipun biasanya aku beli kot untuk dia...Ni la kawan...Dah la aku tanya elok-elok,ada ke dia tengking..."Monolog kita seorang diri.

Kita pun mula berdendam.

Kita dah tak beli nasi untuk dia.

Makin hari hubungan kita dengan dia makin teruk.

Tahun berikutnya kita pindah rumah,duduk sorang-sorang.

Tapi sebenarnya ada benda yang kita tak tahu.

Masa kita demam hari tu,projek yang dia buat siang malam 3-4 bulan sebelum tu kena reject dengan pensyarah. Dah la project kena reject,hari tu dia dapat result exam,dia failed. Padahal dia dah study gile-gile. Dan yang paling penting,dia tertinggal telefon dia kat dalam bilik,bila sampai rumah petang tu baru dia baca mesej kita dan dia tak tahu pun kita demam.

Kadang-kadang,kita tengok kawan kita tersenyum gembira,padahal dia sedang bersedih.

Kita manusia,kawan kita pun manusia. Kita ada masalah, kawan kita pun ada masalah.

Jadi jangan asyik fikir orang boleh bantu selesaikan masalah kita sebab dia pun sibuk dengan masalah dia.

Dan yang paling penting,bertanyalah,masalah tidak akan selesai kalau dipendam. Tak kisahlah masalah kita atau masalah dia,kalau kita takleh tolong selesaikan masalah dia,paling kurang kita tahu status dia macamana.

Tetiba teringat satu quote;

Untuk bina kepercayaan,ia mengambil masa setahun lamanya. Untuk hancurkannya,cukup dengan sesaat.

Hargailah kawan-kawan yang kita ada sekarang sebab belum tentu di masa hadapan,kita akan bertemu dengan orang-orang seperti mereka ^^


gurau-gurau ^^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...