Gambar hiasan..
Bila kita akan berhelah dengan Allah?
Bilamana sesuatu itu ada kepentingan kepada kita.
Contohnya?
Kita(orang perempuan) pergi ke Jepun. Tengok semua gadis-gadis Jepun pakai skirt pendek,sungguh seksi dan cantik. Kita,memang fitrah yang nakkan kecantikan,nak juga pakai skirt pendek. Tapi kita tahu buka aurat itu haram. Kita pun fikir cara untuk kita boleh pakai skirt pendek,jadi kita pun pakai legging.
Lagi?
Kita tahu couple itu haram(yang keluar berdua-duaan lelaki perempuan). Tapi masalahnya,kita memang nak dating dengan minah tu. Kita ajak dia keluar tapi atas dasar kawan. Bila orang tegur, "rilek la,aku kawan je kot,bukan couple pun. Lagipun,bukan ada buat apa-apa pun.."
Dan lagi?
Kawan kita main judi,kebetulan dia menang. Bila dia dapat duit hadiah,dia sedar duit tu haram. Dia tanya kita nak buat macamana dengan duit(haram) tu,kita pun suruh dia sedeqahkan duit itu pada kita padahal kita tahu itu duit haram. Kita 'paksa' hati kita terima;duit itu haram untuk kawan kita tapi halal apabila ia disedeqahkan.
Lagi,lagi dan lagi?
Kita tahu apa yang termaktub di dalam Al-Quran adalah kewajiban yang tidak boleh ditolak. Satu hari ada seorang Dato' datang berjumpa dengan kita dan tawarkan projek RM100juta dengan syarat, jangan sokong hukum Hudud. Kita pun berhelah dengan Allah,kita kata bukan kita tak sokong tetapi buat masa sekarang hukum hudud belum sesuai dilaksanakan,lagipun Malaysia negara berbilang kaum dan agama.
Jadi,Allah terima helah kita?
Pernah dengar kisah Bani Israel dan Hari Sabtu?
Bani Israel diwajibkan beribadah pada hari Sabtu dan takleh tangkap ikan pada hari tu. Masalahnya, pada hari Sabtu ikan tetiba banyak. Jadi sekumpulan daripada mereka membuat lubang di tepi pantai, bila air pasang,ikan akan masuk ke dalam lubang tersebut dan bila air surut,ikan tidak boleh kembali ke laut. Jadi mereka dapat ikan sambil dapat ibadah. Ya,mereka berhelah dengan Allah.
Apakah Allah terima helah mereka?
Tidak,mereka bertukar menjadi beruk.
Jadi lepas ni ingin berhelah dengan Allah?
Yang halal itu jelas,yang haram itu jelas dan di antaranya adalah syubhah dan hendaklah kamu meninggalkan yang syubhah itu kerana ianya lebih hampir kepada haram ..(Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)
