Sekarang aku berada di Nagano,ada winter gathering yang diberi nama Taifu(Tarbiyyah In Fuyu). Fuyu bermaksud musim sejuk di dalam bahasa Jepun. Lebih kurang 70 orang peserta dari seluruh Jepun berkumpul, kenal atau tidak,itu bukan masalalah sebab mereka yang datang Taifu ni memang sempoi habis,sehari bersama mereka bagaikan dah bertahun lamanya. Mungkin inilah yang dinamakan ukhwah fillah? Aku je yang segan-segan,biasala orang tak pernah join program,malunya masih menebal don!
Mesti ramai pembaca yang tak pernah main dengan salji rasa cemburu, "kan best kalau Malaysia negara 4 musim. Dapat main salji." Aku pernah mengimpikan Malaysia turun salji tapi bila aku datang ke Jepun,aku bersyukur Malaysia tak turun salji.
Sunnatullah,persekitaran yang terlampau sejuk akan menyebabkan hujan yang jatuh menjadi salji dan apa yang berlaku bila suasana terlampau sejuk?
Perut kita cepat lapar!
Setakat aku hidup,orang paling banyak makan di Asia ialah orang Melayu sebab tu restoran jenis buffet kurang di Malaysia. Kalau di Jepun,nak bezakan orang Indon dan Malaysia senang, tengok kuantiti makanan atas pinggan dia,kalau banyak itu orang Malaysia. Bayangkan apa yang berlaku jika semua orang Malaysia lapar 1 jam sekali?
Dan kalau ikut pengamatan aku,orang Malaysia terutamanya orang Melayu tak suka bersenam,aku juga. Dan apa akan jadi kalau orang kita makan banyak dan tidak bersenam?
Sekarang takda musim sejuk pun orang kita ramai yang obes,termasuk aku,bayangkanlah kalau Malaysia ada musim sejuk,tak sampai 1 jam dah order delivery macD atau pizza.
Mungkin,kalau Malaysia ada salji,kita dapat lihat Snorlax tidur di tengah jalan,hahahahahha.
Apa yang Allah buat kita,semuanya da sempurna.Percayalah,kalau Allah bagi kita salji dan salji itu dah jadi kebiasaan ,ketika tu kita nak negara iklim khatulistiwa.
Kita takkan puas!
