Wednesday, January 4, 2012

Layan Seorang Lelaki Boleh Dijadikan Isteri?

Perempuan yang melayan ramai lelaki tak boleh dijadikan Isteri - Ustaz Azhar Idrus

Jadi perempuan yang layan seorang lelaki boleh dijadikan Isteri? Jangan salah anggap,bukan itu yang dimaksudkan oleh Ustaz. Tak kisahlah perempuan layan ramai lelaki ataupun seorang lelaki,andai lelaki itu bukan mahram dan tidak mempunyai apa-apa urusan yang penting(keharusan),perempuan itu juga tidak layak dibuat Isteri.

Bagaimana pula dengan lelaki yang layan ramai perempuan? Mereka layak untuk dibuat suami?

Walaupun lelaki dibenarkan untuk berpoligami,tidak bermakna lelaki boleh layan ramai perempuan dalam satu masa. Perkara pokok di sini ialah niat lelaki itu sendiri,kalau niat betul kerana Allah,insya Allah ikhtilat(percampuran lelaki dan perempuan bukan mahram) itu dibenarkan dan di dalam topik hari ini,dia layak untuk dibuat suami.

Ustaz juga pernah berkata,"haram seorang lelaki mengenali seorang wanita kalau bukan untuk berkahwin." Sebab apa Islam membenarkan perkenalan lelaki dan perempuan kalau didasari dengan niat untuk membina keluarga? Mudah,orang yang tahu kepentingan berkahwin,tahu hukumnya dan tujuannya,dia akan jaga hubungan sebelum berkahwin itu dengan betul-betul,supaya masjid yang bakal dibinanya tidak dipahat dengan dosa maksiat.

Tapi tak dinafikan,memang ada lelaki yang mengambil kesempatan di atas ilmu agama dan mengeksploitasi wanita dengannya. Contoh yang jelas telah ditunjukkan di dalam drama Tahajjud Cinta bagaima seorang Mudir sebuah pondok menggunakan Islam untuk mengawal orang-orang di sekelilingnya. Tapi macam aku dah tulis,pokoknya bergantung pada niat orang itu sendiri,perkahwinan untuk dirinya sendiri,kalau dia tipu orang dengan niat 'nak kahwin'nya,sebenarnya dia sedang tipu diri dia sendiri.

Tahajjud Cinta - Salah satu drama Melayu yang superb!

Dan tentang pergaulan bebas lelaki dan perempuan,kita sekarang hidup di bawah acuan orang Barat dan acuan ini sudah sebati dengan diri kita. Kalau sehari tak borak dengan perempuan,tak sah. Sekarang kita baru sedar bahawa perkara itu adalah salah tapi untuk berhenti daripada terus lakukannya,itu agak mustahil. Umpamanya,bukan semua perokok boleh berhenti merokok secara mengejut. Jadi,apa yang patut kita buat?

Minimumkannya.

Kalau hari ini 10 kali jumpa,esok 9 kali,lusa 8 kali. Kalau hari ini bergayut 10 jam,esok 9 jam. Kalau hari ini bbm 100 kali,esok 99 kali. Pendek kata,cuba kurangkannya,moga dengan usaha yang lemah ini,Allah redha dengan kita. Kita kena ingat,Allah tidak nilai pada hasil sahaja tetapi Allah juga menilai usaha kita dalam menghasilkannya.

"Ustaz,dalam Islam berapa kali kita boleh mesej awek kita?" Soal salah seorang peserta yang hadir dalam Talkshow Aku Dibius Cinta bersama Ustaz Hasrizal.

Jawab Ustaz,Rasulullah tak pernah beritahu kalau guna Celcom,10 mesej,Maxis 5 mesej tetapi Rasulullah berpesan;

“Daripada al-Nawwas bin Sam’aan Radiyallahu ‘anhu, Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda: Kebajikan itu adalah pada keelokan akhlak. Manakala dosa kejahatan pula adalah apa yang mendatangkan resah pada dirimu, dan engkau tidak suka manusia lain melihat atau mengetahuinya.” [Hadith Riwayat Muslim]

Tak cukupkah hadis di atas sebagai kayu ukur pergaulan kita? Kita kena ingat,orang yang fikir akan syurga nescaya tidak akan menipu dirinya. Kita yang rasa resah,kita yang rasa "ok tak ni,berdosa ke....Terlebih ke ni...Halal ke haram ni?" jadi kalau kita kata kita tak rasa,kita tak tipu 'awek' yang tengah kita tackle tapi kita tengah tipu diri kita sendiri dan tempat paling layak untuk kita?

Neraka.

Kecuali mereka yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...