Pages

Sunday, February 26, 2012

Beza Karnival Pendidikan Jepun Dan Malaysia

Tengahari tadi aku teman adik aku pergi Karnival Pendidikan di Stadium Kota Bharu. Of course la disebabkan muka ku yang sangat comel,ramai ingat aku lepasan SPM. Walaupun benda ni tiada kaitan dengan hidup aku buat masa sekarang,tapi disebabkan kesungguhan akak-akak tu nak terangkan, terpaksalah aku layan dengan sungguh-sungguh dan aku nampak perbezaan cara penarikan universiti Malaysia dan Jepun.

Di Malaysia,pihak Universiti fokus kepada kos-kos yang ditawarkan serta peluang-peluang pengajian yang ada seperti PTPTN,biasiswa,tawaran belajar di luar negara dan kos pembelajaran. Mereka juga menerangkan kelebihan-kelebihan yang ada di universiti seperti tempat pembelajaran yang luas, bengkel yang mantap serta pensyarah yang hebat-hebat.

gambar hiasan - universiti aku 4 musim 

Ada 1 point yang Jepun ada Malaysia tiada iaitu peluang pekerjaan. Kebanyakan Univeristi di Jepun akan terangkan berapa peratus graduan mereka dapat berkerja dan mereka akan selitkan beberapa testimoni daripada senior-senior yang telah berjaya.

Aku rasa point ini sangat penting memandangankan pelajar lepasan SPM biasanya tidak tahu apa yang sedang berlaku di dunia sekarang,mereka tidak tahu apa yang dunia mahu jadi mereka tersalah pilih dan menjadi lambakan seperti jurusan kejururawatan sekarang. Kalau di Jepun,pihak universiti bersaing dalam membantu pelajarnya untuk mendapat kerja dan peratusan graduan yang berkerja menjadi kebanggaan bagi sesebuah universiti. Aku tak pasti samada di Malaysia berlaku perkara yang sama atau tidak tapi di Karnival Pendidikan tadi, tiada satu statistik pun ditunjukkan.

Oh,aku taknak cerita pasal cara pihak universiti yang sangat dingin dan tak ceria. (; = o=)m

Moga ada pihak universiti yang terbaca blog ini.

Dan membuat fastabiqul-khairat(improvement).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...