Pages

Friday, February 24, 2012

Bila Senior Tak Bayar Hutang Kad Kredit

Staff Bank : Selamat datang,apa yang boleh saya bantu?

Afiq : Saya nak buat kad kredit

Staff Bank : Awak asal dari mana?

Afiq : Saya dari Malaysia

Staff Bank : Sekejap ya,saya perlu jumpa dengan orang atasan..

Afiq : Goyukkuri

Staff Bank : Maaf la ye,kami tak benarkan orang Malaysia buat kad kredit sebab sejarah dulu-dulu

Afiq : Sejarah dulu-dulu?

Staff Bank : Tahun lepas,ada seorang pelajar Malaysia buat kad kredit dan dia tak bayar hutangnya

Afiq : Aigu~~ Camno nih..Em,takpo la kak..

Afiq pun pulang ke rumah dengan rasa marah dengan seniornya. Ya,dia tahu siapa yang tidak bayar semua hutang dengan bank tersebut. Segala jenis caci maki keluar dari mulutnya,tindakan senior yang tidak menjelaskan hutang sebelum pulang ke Malaysia menjadi masalah kepada dia. Ini bukan kali pertama, ini kali kedua selepas kali pertama dia ingin membuat kontrak iPhone.

Perkara yang biasa pelajar kita buat,balik ke Malaysia tanpa membayar hutang-hutang yang ada di Jepun. Aku percaya,ini bukan masalah pelajar Malaysia di Jepun sahaja,bahkan di seluruh dunia. Di Malaysia pun, sebelum tamat pengajian,kalau ada hutang koperasi atau hutang asrama yang belum bayar, selagi pihak sana tidak minta,kita cuba elak daripada bayar. Bezanya di Malaysia perkara sebegini tidak memberi kesan yang besar kepada junior tetapi di luar negara,ya!

Cuba elak berhutang..

Ada 2 perkara yang patut kita ambil perhatian,yang pertama soal halal-haram. Kalau pihak sana tak minta pun,hutang itu akan dituntut di akhirat kelak. Kita solat tak pernah tinggal,puasa tak pernah tak penuh,haji pergi tapi bila nak melangkah masuk syurga,malaikat neraka tarik sebab kita ada hutang yang masih belum dijelaskan. Selagi mana kita tidak bayar,selagi itu kita berhutang dan kalau tuannya tidak halal,nerakalah milik kita.

Di padang mahsyar kita sedang cari orang yang kita berhutang minta dia halalkan hutang kita,kebetulan dia masuk neraka,rasa-rasa,dia nak halalkan ke hutang kita? Ingat,ahli neraka tidak akan bersifat dengan sifat ahli syurga,kalau dia tak boleh lepas dari neraka,dia takkan lepaskan orang lain masuk syurga!

Yang kedua,kalau lah anda seorang yang tak kisah masuk neraka sebab guna atau makan benda haram, tolong bertimbang rasa dengan junior-junior yang akan datang. Ketahuilah tindakan anda akan menyebabkan orang di bawah anda susah.

Semoga peringatan ini buat kita tersedar dan kita bayar balik segala hutang yang kita ada. Di dunia kita terlepas,maaf,di akhirat pasti neraka lah balasannya walau orang yang kita berhutang itu bukan orang Islam!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...