Maka demi Allah yang tiada Tuhan selain daripadaNya, sesungguhnya sesaorang kamu itu tetap akan beramal dengan amalan ahli syurga sehinggalah di antaranya dengan syurga itu jaraknya cuma sehasta sahaja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya ( suratan takdir ) sehingga dia beramal dengan amalan ahli neraka, maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya sesaorang kamu tetap akan beramal dengan amalan ahli neraka sehinggalah di antara dirinya dengan neraka cuma sehasta saja. Tiba-tiba dia telah didahului oleh tulisannya sehingga dia beramal dengan amalan ahli syurga, maka akhirnya masuklah dia ke dalam syurga itu. "
Mudahnya,hebat mana pun kita beramal,sampai boleh terbang sekalipun,kalau Allah dah tetap kita sebagai ahli neraka,at last kita akan masuk ke dalam neraka seperti kisah Basiso. Dan sejahat mana pun kita,sampai bunuh 100 orang sekalipun,kalau dah ketetapan kita akan enjoy dalam syurga,kita akan ke dalam syurga macam kisah seorang pencuri yang membunuh 100 orang. (Twit aku untuk cerita2 tersebut)
Habis tu,sia-sialah kita beramal selama ini? Sia-sialah kita bangun malam solat 2 rakaat dan cerita kat 20 orang supaya 20 orang itu mendapat inspirasi daripada kisah kita bangun malam? Dan untunglah kawan kita yang asyik main perempuan dan togok arak?
5 tahun aku mencari penerangan hadis ini,semua orang aku tanya,daripada mereka yang sama umur dengan ku sampailah tahap ustaz yang sentiasa bagi kuliah agama,tapi tiada satu jawapan pun yang memuaskan hati aku.
Akhirnya seorang kawan menceritakan sebab hadis ini diturunkan dan bagaimana keadaan ketika Rasulullah membaca hadis ini. Hadis ini dibacakan selepas ada sekelompok sahabat yang baru kembali kepada Islam dan di samping Rasulullah,ada juga sahabat-sahabat yang dah lama beriman seperti Abu Bakar r.a. dan lain-lain.
Dengan 1 hadis ini,Rasulullah mampu mengingatkan muallaf jangan berputus asa untuk beramal, belum terlambat untuk masuk syurga Allah walaupun dah berumur 80 tahun.
Dan dengan hadis yang sama,Rasulullah mengingatkan sahabat yang lain supaya jangan selesa dengan amalan-amalan yang telah dibuat,boleh jadi kita adalah ahli neraka.
Hebat kan Rasulullah?
Dalam 1 hadis mampu mengingatkan 2 jenis golongan yang lain sifatnya,lama dan baru.
Daebak!