Pages

Tuesday, February 28, 2012

Orang Kelantan,Makanannya Manis-Manis

Aku : Weh,masok pedas la,sedap sikit..

Faiz : Aik,orang Kelantan makan pedas ke?

Aku : La,doh tu sambal belace tu nate gapo?

Faiz : Setahu aku orang Kelantan makan manis

Aku : Yolo ko? Tok tahu la sebab family aku meme make pedas-pedas. Kalu aku balik dumoh, mok aku terpakso rendahkan sikit level kepedasan masakan sebab aku tokleh nok make,pedas tlajok.

Faiz : Pelik la family ko..

Aku : Em...Tapi kalo nok fikir-fikir balik,meme ore kelate make manis. Aku kalo gi bekwoh(kenduri),aku tokleh minum sangat air oren dio,manis tlajok...Hooo,yolo la,ore Kelate make manis..Baru perase..

Dialog di atas benar-benar berlaku. 18 tahun aku hidup di Kelantan dan aku lansung tidak tahu orang Kelantan makan benda manis-manis sehingga diberitahu. Aku ingat air teh tarik manis itu kebiasaan jadi aku tak rasa air atau masakan Kelantan manis-manis.

Bila kita keluar dari negeri kita,bergaul dengan orang lain,baru kita tahu budaya orang dan kita pun boleh tahu apa orang fikir tentang budaya kita,itulah yang menarik bila keluar dari kelompok kita. Kita dapat belajar budaya orang,apa yang baik kita ambil dan apa yang buruk kita tinggalkan,asimilasi budaya kata orang.

Jadi jangan sombong,kalau jumpa orang,tegur dan berkawanlah. Mana tahu satu hari nanti orang yang kita tegur itu abang ipar kita? Hehehehe.

Masa bersembang dengan Abang Imran Koyube(pengasas IluvIslam),beliau cerita pengalaman berjumpa dengan jutawan muda Irfan Khairi. Jutawan ni buat banyak bisnes,tapi untuk satu tempoh masa,bisnes dia untung tapi tak maju-maju,kalau untung sebulan RM4k,bulan depan pun RM4k. Jadi dia pergi jumpa jutawan yang lagi berpengalaman,minta nasihat. Nasihat jutawan itu mudah;

Expand Your Network(tambahkan silaturrahim)

Lepas dia buat apa yang disuruh,pendapatannya bertambah. Dan memang betul,ada hadis tentang bila kita tambah kenalan,rezeki kita juga bertambah. So jangan sombong,bila mana kita berkenalan dengan orang,kita seolah-olah membuka 1 pintu rezeki yang misteri.

Kawan aku sendiri,dari jual keropok,kemudian jadi ejen lesen kereta,jual mainan,jual iPhone dan sekarang jual kereta. Hobi dia melancong,bukan kerana suka kenal tempat tapi sebab suka tambah kenalan.

setiap orang ada keperluan masing-masing,kita melengkapi!

Jadi sesiapa yang rasa nak kaya raya,mulai sekarang ringankan mulut untuk bertegur sapa dan yang paling asas,ringankan mulut untuk senyum,senyum itu sedeqah dan hanya orang kaya mampu sedeqah.



p/s: Aku terfikir satu benda. Orang Kelantan makan makanan manis,nak buat makanan manis kena banyak gula,nak banyak gula kena ada banyak duit,banyak duit maksudnya kaya. Tapi Kelantan negeri termiskin. Oh,maybe sebab duit dah habis beli gula,dah takde dalam simpanan...kot.. (sarcasm)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...