Pages

Thursday, February 23, 2012

Takut Mati Sampai Tak Boleh Buat Apa-Apa

Soalan : Cerahjeff yang hensemsemsem,saya ada satu masalah. Saya selalu ingat saya akan mati,saya takut sangat sampai saya tak dapat buat apa-apa kerja. Boleh Cerahjeff yang kacakcakcak bagi pendapat?

Jawapan : Rasa-rasa kenapa Rasulullah kata orang yang paling bijak adalah orang yang sentiasa ingat mati? Dan kenapa Saidina Ali pesan,berkerjalah seperti kamu akan hidup seribu tahun dan beribadahlah seperti kamu akan mati esoknya. Ok,cop(tahu tak maksud ni?) sekejap, kita beralih kepada satu soalan yang lain,andaikata esok hari terakhir kita untuk hidup,apa yang akan kita buat hari ini?


Kalau boleh semua jenis solat sunat kita nak buat..

Biasa 1 bulan Ramadhan baru khatam Quran,ni satu hari je..

Minta maaf dengan semua orang sebab banyak mengumpat..

Dermakan harta untuk kebaikan supaya menjadi bekalan di akhirat sana..


Di atas antara jawapan-jawapan yang biasa kita dengar daripada orang Islam. Jahat mana pun dia, andai dia tahu esok dia akan mati,kebanyakannya akan berubah walau sehari sebab semua orang takut masuk neraka.

Menjawab kepada persoalan cik adik di atas,Rasulullah tak kata orang yang paling bijak adalah orang yang takut mati tetapi orang yang sentiasa ingat mati. Sebabnya,hanya orang yang ingat mati sahaja sedar dia tidak punyai masa untuk beramal,jadi dia beramal dengan bersungguh-sungguh.

Katakan adik ada satu peperiksaan akhir,kalau adik lulus,adik boleh sambung belajar dan kalau adik gagal,adik akan dibuang kolej. Apakah adik akan belajar dengan main-main atau serius? Kebiasaannya, kita akan berusaha bersungguh-sungguh supaya tidak gagal,begitulah juga dengan perihal mati ini.

Usah takutkan mati,semua orang akan mati,cuma bila kita mati,itu persoalannya. Mati itu ibarat peluru berpandu yang telah dilepaskan,bila nak jatuh di atas kampung kita,itu kita belum tahu. Jadi sementara menanti peluru berpandu itu letupkan kampung kita,selamatkan apa yang kita boleh selamat,usah berpeluk tubuh,terketar-ketar ketakutan kerana ianya tindakan yang sia-sia.

Mati ibarat peluru berpandu yang telah dilancarkan


nota pisang kaki: soalan ini telah ditanya oleh seorang adik perempuan yang berumur 15 tahun. Kepada sesiapa yang ingin bertanya pendapat dan kalau soalan itu mampu aku jawab,boleh lah hantarkan masalah anda ke micro_bash@yahoo.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...