Pages

Friday, March 2, 2012

Tips Ber-Kazoku : Ajar Anak Faham Khutbah

Masa Khutbah Jumaat tadi aku aku perhatikan ada seorang budak kecil,berjubah putih,comel berjalan-jalan di dalam masjid mencari kertas-kertas yang boleh dibacanya(dimain?) tanpa mengganggu orang lain. Aku perhatikan dia masa dia mula-mula masjid lagi,ayah dia suruh duduk di luar dan ayah dia masuk ke dalam. Mungkin ayah dia ingin ajar dia dengar khutbah,jadi dia dibawa ke Masjid.

Aku terfikir satu cara nak pastikan anak-anak kecil mendengar khutbah dengan kusyuk. Mungkin cara ini tidak mendatangkan 'kefahaman' tetapi dengan cara ini,'tahu' itu dijamin secara total.

Cara yang bagaimana?

Caranya ialah dengan ujian. Sebelum khutbah dibaca,beritahu anak kita supaya dengar dan hafal apa yang khatib ucapkan dan dia akan mendapat hadiah. Mungkin ada yang tidak setuju dengan cara 'rasuah' ini tapi ini pendekatan yang aku akan guna kalau aku ada anak.

Tapi cara ini ada pantang larangnya. Ingat, jangan selalu bagi dia hadiah,jangan selalu sogok dia dengan pujian,berlakon seperti kita tidak puas hati dengan apa yang dia hafal,jadi dengan cara itu dia akan cuba untuk improve bagi mendapat habuannya. Tapi jangan sekadar cakap penerangan dia tidak memuaskan hati kita,terangkan balik apa yang kita ingin dia faham,moga dengan cara itu mampu membentuk ideologinya.

Melentur buluh,biarlah dari rebungnya.

p/s:ayah budak pun takleh tidur,hahahha


sumber gambar : sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...