Tuesday, June 21, 2011

Ikan Di Dalam Akuarium 'Deep Fry'

Antara benda ajaib atas muka bumi ini yang kita tak sedar ialah air. Kenapa di kutub selatan atau mana2 yang permukaan airnya beku,di bawah masih ada ikan? Sebab air di level yang bawah kekal pada suhu yang mana ikan atau apa-apa kehidupan laut boleh hidup. Itulah sifat istimewa air,dia melindungi apa-apa yang hidup di sekitarnya.


Di Jepun,ada satu syarikat ni cipta satu akuarium yang sangat unik. Akuarium ini berada di bawah minyak 'deep fry'. Seperti yang kita sedia maklum,air lagi tumpat dari minyak,so minyak akan naik ke atas dan air akan turun ke bawah,jelasnya 2 unsur ini tidak akan bercampur. Dan seperti yang kita tahu,orang Jepun memang suka 'deep fry',contohnya Tempura.


Maybe idea ini tercetus untuk peniaga tepi jalan untuk menarik minat pembelinya. Sape yang tak tertarik dengan kedai makanan 'deep fry' yang di bawahnya ada ikan emas? Idea ini sungguh menarik sebab dengan akuarium sebegini,makanan ikan sudah tidak diperlukan. Usah ulas panjang,tengok dulu.


Tapi,ada beberapa masalah aq dapat kenal pasti. Yang dorang tulis sal kolestrol ikan tu satu hal la. Sal oksigen,aq rasa xjadi masalah sebab bley je pasang pam air kat bawah tu. Yang menjadi masalah utama aq rasa najis2 ikan tu,xmencemarkan minyak di atas tu ke x,maybe tyme najis tu masih melekat panjang, xkotor tapi tyme najis tu da hancur jadi butiran-butiran halus. Serius aq was-was bab ni. Korang rase camna?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...