- Aku dah kerja
- Aku dah pindah ke Fukuoka
Page ini belum siap sepenuhnya tapi aku publish juga mana tahu ada yang mampu membantu.
Pengangkutan
Di Tokyo ada 3 public transport; Teksi,Bas dan Keretapi. Teksi di Jepun boleh guna kad kredit,haaaaa, maksudnya, teksi di Jepun sangat mahal melainkan kita nak naik 4 orang,so bley la share sikit sorang. Bas di Tokyo lebih mahal dari naik keretapi,jadi aku sarankan korang naik keretapi+subway.
Pergerakan di Tokyo sangat mudah,korang boleh guna Tokyo Metro Line,samada korang nak bayar cara biasa atau korang nak guna 1 day tix,terpulang. Aku terangkan penggunaan 1 day tix. Di bawah ni Map Tokyo Metro,senang je nak faham,macam Batu 3 nak ke KL Sentral.

Kalau korang perasan,aku ada buat A dan B. A ialah Toei Line dan B ialah Tokyo Metro Line. Kena jelas ada 2 perbezaan line ni sebab ada 2 jenis tiket,satu tiket yang boleh guna Tokyo Metro Line sahaja dan satu lagi boleh guna dua-dua. (Rujuk Sini)
Bagaimana sistem ini berfungsi?
Baiklah,kita ambil contoh Cik Piah beli tiket untuk Tokyo Metro Line sahaja,bernilai 700Yen. Dengan tiket itu,Cik Piah bebas bergerak dari mana-mana stesen yang menghubungkan warna-warna dalam kurungan B(Tokyo Metro Line). Katakan Cik Kiah pergi ke Asakusa,ada 2 line yang bersambung dengan Asakusa iaitu Asakusa Line(Toei) dan Ginza Line(Metro). Dari Asakusa,Cik Piah boleh pergi ke Ueno dengan 1 day tix tapi Cik Piah tidak boleh pergi ke Higashi-Nihombashi. Kalau Cik Piah degil nak pergi juga,Cik Piah kena beli tiket asing.
Atau Cik Piah dari awal-awal lagi beli tiket gabungan yang bernilai 1000Yen,jadi Cik Piah bebas menaiki mana-mana line dengan hanya 1 tiket. Cuma perlu diingatkan supaya tidak membazir, kalau beli 1 day tix,pastikan pergi paling kurang 4 tempat supaya berbaloi dengan nilai tiket tersebut.
[Kalau ada soalan atau panduan ini berguna,paling kurang,silalah berterima kasih sebab terima kasih anda bagi aku semangat untuk update lebih detail ^^ ]

