Dan bila aku bercakap dengan orang-orang atasan aku,baru aku tahu Jepun pun ada kes rogol dan bila aku check statistik di internet,walaupun data yang lama,ianya sungguh mengejutkan sebab kes rogol di Jepun lagi banyak dari Malaysia,ranking tersebut dibuat bukan berdasarkan bilangan orang tetapi peratusan,jadi memang ramai! Rujuk sini.
Jadi aku orang atasan aku kenapa di Jepun jarang keluar kes rogol?
"Sebab mangsa malu nak lapor dengan polis. Takkanlah mangsa nak pergi ke balai polis, saya kena rogol encik. Malu la dia.." Jawab orang atasan aku,bukan seorang,3 orang.
Mugnkin kalau Melayu macam aku dengar,"eh,memang la kena report camtu.." Tapi selepas ketiga-tiga orang atasan aku beri alasan yang sama,aku hormati pendapat mereka mungkin perbezaan cara berfikir.
Ha,kenapa orang Malaysia yang tiada kawan luar Malaysia,anda kena faham bahawa setiap negara mempunyai cara berfikiran yang berbeza. Mungkin negara A cover bab tu tapi negara B tak cover, yang ini kena jelas.
Sebagai contoh,kalau kita masuk bank,ada orang belakang kita; kalau orang Malaysia,kita masuk dan tidak tolong buka untuk orang lepas kita,kalau kita buka,orang akan kata kita baik. Tapi kalau kat Jepun,tolong buka untuk orang selepas kita dah jadi kebiasaan dan takkan dipuji. Nampak?
Aku bukan nak burukkan Jepun dengan kes rogol,aku cuma nak betulkan fakta. Aku yakin ramai (termasuk aku) suka kata 'di Jepun walaupun gadis dorang seksi,takde pun kes rogol' sedangkan yang berlaku adalah sebaliknya.
Fakta tetap fakta, tipu tetap tipu,jangan bungkus nasi lemak dengan daun pisang yang kena air kencing monyet. :P