Aku dipanggil sebagai Wan-Chan di Fukuoka. Masa mula-mula sampai, aku disuruh reka nama panggilan,disebabkan orang Jepun takleh sebut Cerah dengan elok,aku putuskan untuk dipanggil Wan.
Senior : Wan-chan,tahu tu kedai ape? (Sambil tunjuk 1 kedai DVD yang ada gambar Raccon jelir lidah)
Aku : Kedai DVD la (buat muka innocent)
Senior : Tu kedai video lucah la Wan-Chan,tak pernah masuk ke? Hahahaha
Aku : Tak pernah,baik tak? Hahahha
Senior : Eh,orang Islam takleh tengok ke?
Aku : Basically takleh tengok tapi ramai je yang tengok,hahaha
Senior : Hahaha,biasa la,lelaki. Dulu, filem-filem macam tu boleh tengok free je kat tv lepas pukul 12,sekarang kena langgan (macam Astro)
Aku : Eh,betul ke? Best la
Senior : Wan-Chan,mana boleh tengok,haram la,nanti kena marah dengan Tuhan.
Aku : Hahahhaa.
Senior : Orang Malaysia tengok filem lucah Jepun ke?
Aku : Uish, ‘XXXX’ sangat popular kat Malaysia.
Senior : Oh,tu geng lama tu,hahaha.
Aku : Senior?
Senior : Saya suka…. (Nama dirahsiakan,hahaha)
Aku : Oh, tak kenal,hahaha. Pelakon lucah Jepun ramai sangat la Senior, letih nak hafal satu-satu.
Senior : A’a,sekarang terlampau banyak. Kalau sebut yang umur 18 tahun,memang saya pun tak kenal.
Aku : Tapi senior,kenapa dorang nak jadi pelakon filem lucah?
Senior : Em..Kalau dulu sebab nak duit tapi sekarang,emm,tak tahu la betul tak, tapi kalau ikut satu interview,ada 2 sebab. Satu sebab mereka bangga dengan badan mereka yang lawa dan satu lagi sebab nak popular.
Aku : Ic…Ruginya..
Senior : A’a,saya pun fikir merugikan…
Sebenarnya tak semua orang Jepun berfikiran sebegitu,maksud aku,yang nak tunjuk badan dekat orang lain,mungkin golongan itu 1 dalam 10000.
“Habis tu kenapa budak sekolah dia pakai skirt pendek? Nak sangat tunjuk paha..”
Habis tu kenapa orang lelaki kita pakai skirt(kain pelikat)? Orang Malaysia ramai pondan kah?
Sebenarnya itu adalah budaya mereka, aku tak kata mereka betul tetapi sangat tidak betul untuk kita hukum satu budaya tanpa kita menyiasatnya terlebih dahulu.
Aku punya ramai kawan Jepun(perempuan) yang berpakaian sopan,walaupun di Universiti yang bebas daripada undang-undang berpakaian, mereka tetap berpakaian dengan sopan. Bila tanya kenapa tak pakai skirt pendek macam budak sekolah menengah;
“Kat sekolah,semua orang pakai macam tu kalau tak pakai macam tu,nanti nampak pelik..”
Sebelum kita menghukum satu kelompok,cuba masuk dalam kelompok mereka dulu atau cari maklumat tentang mereka,baru kita layak untuk buat kesimpulan dan perlu untuk kita tahu, kesimpulan yang kita buat itu pun kemungkinan besar salah.
Atau langkah yang lebih senang, berhentilah menghukum manusia.
Seperti aku pernah tulis,amatlah pelik bila robot cuba menghukum robot yang lain.