Bila nak bertukar fasa,perkataan yang paling banyak aku dengar ialah gaji.
"Mad lepas grad nok kijo mano?"
"Alhamdulillah,Mad dapat doh kijo di Jepun. Tapi setahun je la.."
"Gaji berapa?"
.....
"Eh,aku dengar si Fulan dapat kerja semalam kat syarikat tu..."
"Gaji berapa dowh?"
......
"Ko takpala engineer,gaji mesti mahal.."
"Doktor lagi mahal la terrrrr"
....
Daripada banyak perbualan yang berlaku,aku dapat simpulkan yang orang Malaysia menganggap gaji jurutera semahal gaji doktor padahal tak pun. Mungkin pandangan yang salah ini terhasil apabila orang kita selalu menyamakan jurutera dengan doktor.
"Anak-anak nak jadi apa nanti besar?"Tanya cikgu tadika.
"Saya nak jadi penjual burger yang berjaya cikgu.."
"Eh ade ke jadi penjual burger,kamu kena jadi doktor ke,engineer ke,barula ok.."
Bila lepas SPM pun,biasanya pelajar akan keliru samada nak ambil kejuruteraan ataupun doktor padahal kat luar tu,punya la banyak bidang lain yang boleh diceburi.
Perlu kita faham,gaji pokok jurutera dan doktor adalah berbeza dan doktor lagi mahal daripada jurutera (kecuali jurutera berkaitan dengan minyak).
Sekian.....
"Kamu kalo balik kerja gaji RM3000(ni pun susah kot untuk fresh graduate),baik tak payah belajar kat Jepun la.. Budak UTP belajar kat Malaysia,lepas grad gaji RM4000.."
"Em..Paling kurang, saya tidak berhutang,anak makcik? PTPTN tu bila nak bayar? Or nak minta saya pinjamkan duit untuk dia bayar sebelum rumah makcik kena sita?"
.....
p/s:bersyukurlah dengan gaji yang anda dapat wahai cerahjeff ^^
p/s:artikel tiada motif....maaf!