Friday, February 3, 2012

Ada Tak Lagu Yang Mampu Kembalikan Kita Ke Zaman Dulu?

Aku masuk Falahiah atas 2 sebab; Pertama sebab aku ingat Falahiah sekolah Agama bercampur lelaki dan perempuan,disebabkan aku suka perempuan tudung labuh(dari kecik lagi tu wooooo),aku pun masuk Falahiah tapi bila hari pendaftaran,aku tak nampak satu pun batang hidung budak perempuan tapi disebabkan malam sebelumnya aku dah gaduh dengan Aboh nak masuk sekolah Agama,aku terpaksalah daftar. Kedua sebab aku nak tinggal di asrama,aku nak buktikan kepada adik-beradik aku,aku tak homesick dan boleh tinggal di asrama.

Aku tahu sebab pertama aku agak...Dah,dah,fokus! xP

Di Falahiah,selepas sarapan pagi hari Jumaat,semua orang di'sunat'kan untuk beriadah sambil menunggu Solat Sunat Dhuha(9.30 pagi) dan ketika itu,lagu-lagu nasyid akan dipasangkan di speaker asrama. Sambil melihat orang lain main bola tampar,aku yang agak homesick baring di atas katil sambil menyiapkan buku tazkirah dan layan lagu-lagu yang dimainkan. Ketika itu,lagu Rabiatul Adawiyah menjadi lagu pilihan dan lagu itu dimainkan berulang kali sehingga 'lekat' di dalam kepala aku.

Jadi,bila aku dengar lagu Rabiatul Adawiyah sekarang,aku akan 'kembali' ke waktu tersebut. Perasaan homesick,kawan-kawan lama,suasana pagi itu,orang bermain bola tampar,semua datang semula dan perasaan itu sangatlah istimewa,sukar untuk diinterpretasikan dengan butiran kata.

Korang ada lagu-lagu yang mampu 'kembali'kan korang ke waktu dulu?

Mesti ada kan,kalau ada senang cerita,hayati kisah di bawah.

gambar lama Makkah sekadar hiasan

Selepas kewafatan Rasulullah,Bilal telah meninggalkan Madinah dan menetap di Syria. Di zaman pemerintahan Saidina Umar,Umar telah mengarahkan sahabat-sahabat menjemput Bilal ke Madinah kerana rindu padanya. Bilal pun datang ke Madinah.

Masa berlalu dan masuklah waktu Zohor. Saidina Umar meminta Bilal laungkan azan disebabkan rindu dengan suara Bilal tetapi Bilal menolaknya.

"Ya Amirul Mukminin,aku bilal di zaman Rasulullah,aku bukan bilal di zaman mu.."

Tiba-tiba datanglah Hassan dan Hussein meminta Bilal laungkan azan. Disebabkan kecintaannya kepada Rasulullah dan apa yang Rasulullah cinta,dia bersetuju untuk laungkan azan.

"Kalau bukan kerana engkau kecintaan baginda,aku pasti menolaknya.."

Kemudian Bilal pun melaungkan azan.

"Allahuakbar Allahuakbar"

Satu Madinah sunyi seketika,semua fokus mendengar laungan azan.

"Allahuakbar Allahuakbar"

Satu Madinah menangis,menangis kerana laungan azan Bilal itu mengembalikan mereka kepada waktu Rasulullah masih hidup.

"Ashhadu alla Ilaha illallah"

Air mata Bilal mula bercucuran..

Dan bila dia laungkan "Wa Ashhadu Anna Muhammada Rasulullah"

Dia rebah,sahabat-sahabat datang mengangkat dan bertanya kepadanya kenapa dia rebah.

"Bila aku laungkan Wa Ashhadu Anna Muhammada Rasulullah,aku 'ternampak' kelibat Rasulullah datang ke Masjid untuk solat bersama-sama.."


skip ke 34:18 untuk mendengar kisah ini...

Itu kecintaan Bilal kepada baginda Rasulullah.

Memang kita takkan mampu mengatasi kecintaan para Sahabat tetapi pernahkah kita menangis disebabkan rindu kepada Rasulullah? Jangan kerana bulan Rabiul Awal sahaja kita cinta kepada baginda,cintalah baginda setiap masa sepertimana baginda mencintai kita.

Semasa pulang dari Haji Wida',baginda menangis teresak-esak sehingga sahabat-sahabt tertanya kenapa baginda menangis. Abu Bakar bertanya,"Ya Rasulullah,kenapa engkau menangis?"

Jawab baginda, "Aku merindui saudara ku.."

"Bukankah kami saudara mu Ya Rasulullah?" Soal Abu Bakar lagi.

"Tidak,kamu bukan saudaraku tetapi kamu sahabatku. Saudaraku ialah mereka yang datang kepada ku selepas aku pergi,mereka tidak pernah berjumpa dengan ku tetapi mereka beriman kepada ku. Aku rindu kepada mereka sebab itu aku menangis..." Jawab Rasulullah.

Tanya diri kita,pernahkah kita menangis kerana rindu kepada baginda? Pernah ke rasa Islam aku sekarang adalah dari darah Rasulullah yang mengalir ketika dilontar batu di Taif?

Kita belum terlambat untuk mencintai baginda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...