Saturday, March 16, 2013

Bagaimana Aku Boleh Jadi Raja Sehari

Sebelum aku cerita lebih panjang,aku ingin beritahu bahawa aku juga pernah couple,pernah tolak dan pernah ditolak.

Aku selalu beritahu umi bahawa aku ingin kahwin dan umi,seorang yang sangat sporting, sentiasa berusaha untuk berikan yang terbaik untuk anaknya. Umi sambut permintaan aku dengan serius dan kebetulan umi ada kawan baik yang punya anak perempuan.

"Mad ok? Mak,ayah dia pun berkenan dengan Mad," Soal umi sambil menambah sedikit keterangan.

"Mad ok belako,"jawab aku. Jujurnya,aku tak kenal anak kawan mak aku. Aku pernah jumpa 2-3 kali di kenduri,terserempak,memang lawa orangnya. 

Tapi sayang,dia sudah berpunya. Teman lelaki dia add aku di Facebook,hantar mesej 'hello' dan block aku. Ya,saya faham encik boyfren,saya tidak akan kacau awek awak lagi.

Tamat kisah pertama.


Kisah kedua di majlis makan di rumah mak saudara aku.

"Mad ada gewe doh?" Soal mak saudara.

"Takdok lagi,auntie ado ore nak kenalkan ko?" Jawab aku dengan 1 pertanyaan.

"Ada,anak murid auntie. Lawa,pastu baik! Semua cikgu nak ambil buat menantu tapi takda anak laki," terang mak saudara.

"Oh,ok jah,"jawab aku. Ikhlas dari hati aku katakan,1 sahaja perkataan yang aku cari ketika cari pasangan hidup,'lawa'.

Dan bila berkenalan dengan anak murid mak saudara aku,memang orangnya baik dan lawa tapi sayang, keluarga belah aku tak berapa suka.

Tamat kisah kedua.


Kisah ketiga pula unik kisahnya. Bermula di kedai ayah aku,seorang customer datang baiki laptop dengan kakaknya.

"Adik,adik ado gewe doh?" Soal umi ku tanpa bertapis-tapis.

"Takda lagi makcik,kenapa?" Jawab dia kepelikan.

"Anak makcik sekarang belajar di Jepun. Dia nak balik tahun depan dan dia nak kahwin. Kalau boleh taknak couple-couple,nak kahwin terus,"terang umi ku dengan bersungguh-sungguh.

"Oh,baguslah macam tu. Saya ok je makcik," balas si gadis dengan senyuman yang menawan hati si umi.

Nak dijadikan cerita,hubungan kami menjadi rapat dan sampai tahap klimaksnya apabila aku telefon ibunya untuk minta izin masuk meminang. Tapi disebabkan si gadis masih belajar, ibunya menolak permintaan aku dengan baik.

Tamat kisah ketiga.


Kisah seterusnya anak perempuan biras aboh aku. Aboh sangat berkenan dengan anak kawannya merangkap birasnya. Satu malam, kami buat satu majlis makan malam untuk raikan pekerja-pekerja kedai dan aboh guna kesempatan itu untuk menjemput keluarga birasnya.

Keluarga itu datang,ayah,ibu,anak 3 orang dan dalam 3 orang,ada seorang gadis yang sebaya dengan aku. Kalau nak terangkan bagaimana fizikal gadis tersebut, model! Dia kacukan arab dan melayu.

Tapi aku tolak.

"Eh,napa tolak pulak bila family sama family ok dan perempuan tu lawa?"
Entah,hati aku kata taknak. Sebenarnya,sepanjang aku cerita kisah-kisah di atas,aku amalkan solat Istikharah. Aku tahu,pilih pasangan untuk hidup bukanlah seperti pilih smartphone. Tahun ini iPhone tapi tahun depan Galaxy Note. Mungkin,ini petunjuk dari Allah,wallahua'lam.

Tamat kisah keempat.


Baiklah,kita masuk kisah terakhir. Fuh!

Aku balik ke Malaysia selepas keputusan peperiksaan tahun akhir keluar. Sampai di Malaysia, abang ipar dan kakak aku cerita ada seorang junior dia yang baik dan lawa. 

"Tengok ni,"kata kakna sambil beri iPhone yang ada gambar Dr.'Aisyah.

Aku tengok dan aku kata ok tapi nak jumpa dulu. Jadi keesokannya, kami jumpa di Kenny Rogers. Walaupun berjumpa,kami tidak bertegur walaupun sepatah disebabkan Dr.'Aisyah datang dengan kawan-kawannya,tambah,aku sedikit malu untuk bercakap dengan perempuan yang pertama kali aku jumpa.

Malam tu,aku mesej Facebook dia,kata ingin kenal. Mesej punya mesej, aboh aku tanya ok ke tak.

"Nak kenal-kenal dulu,"balas aku.

Kebetulan esoknya,keluarga Dr.'Aisyah dari Kuala Lipis balik ke Pasir Mas,jadi ayah aku ajak keluarga dia makan.

Esoknya,dia datang dengan umi dan abahnya. Aboh aku menghadap abahnya, Umi aku menghadap uminya dan aku menghadap dia.Oh, adik aku,buya,berada di tepi aku.

Tengah kami makan laksa,tiba-tiba kami dikejutkan dengan soalan dari aboh aku.

"Gini lah,benda baik tak perlu dilambat-lambatkan. Anak saya ni berkenan dengan anak encik, kiranya, kita jodohkan diorang la?" 
Aku dan Dr.'Aisyah terkejut. Bulat mata-mata.

"Saya tak jadi masalah,kena tanya tuan badan la."
Dipendekkan cerita,4 May kami bertunang. Majlis berlansung di rumah Dr.'Aisyah walaupun aku masih di Jepun. Kalau tak silap, aku join Amir Education Fair jadi fasilitator bab shukatsu(kerja) di Jepun.

Kami berjumpa balik pada 9 Februari,masa majlis pertunangan kakak kesayanganku. Dan itulah kali pertama kami berbual secara berhadapan. Sebelum ini,kami hanya mesej di Whatsapps. Umi dua-dua belah selalu marah sebab kami tak saling call,tak romantik katanya tapi apakan daya,anak lelaki bertuah ini memang tak romantik,hahaha.


Apa yang aku nak kongsikan;

1) Beristikharahlah dalam buat apa-apa perkara sekalipun. Tapi jangan sekadar beristikharah, susulkan ia dengan usaha. Kita ingat,kita yang selalu buat dosa,yang selalu tengok video korea yang seksi-seksi, yang selalu bercakap kasar dengan ibu bapa kita ini,bila istikharah,Allah terus tunjuk dalam mimpi? Jika ya,anda seorang yang bertuah tapi jika tidak,jangan sedih,Allah akan tunjuk dalam usaha kita. Kalau kerja kita mudah,itu tandanya pilihan kita betul!

2) Bukan senang dalam cari jodoh. Dulu aku cari yang 'lawa' tapi masa kisah ke-3,aku sedar yang lawa tidak ada apa-apa merit. Kalau bini kita hodoh, dia boleh make-up jadi lagi lawa tapi kalau perangai dia huduh,awas! Bukan senang nak ubah perangai orang yang dah sebati selama 23 tahun!

3) Tulislah kisah cinta anda di mana-mana untuk dibaca bila anda tua nanti,inilah apa yang saya sedang buat dan anda saksinya!

Terima kasih!

Love u all!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...