Selepas kenyataannya tentang hudud dikecam,perniagaan kek dia juga sedikit merudum apabila pelanggan yang membuat tempahan membatalkan tempahan disebabkan khuatir tentang bahan masakan(anda boleh rujuk laman web gosip,cari sendiri,hahaha). Mungkin setelah insaf serta ingin membersihkan namanya, pelawak ini telah mengeluarkan kenyataan di bawah;
Daripada kenyaatan di atas,kita patut ambil iktibar supaya kita tak buat apa yang salah. Sekarang,pendapatan dia daripada 2 sumber,sebagai pelawak dan pembuat kek. Dia jelas,kalau kek yang dijual itu daripada sumber yang haram maka hasil jualannya juga menjadi haram. Tahniah dan Alhamdulillah.
Tapi sebagai pelawak,hasil pendapatannya juga boleh menjadi haram. Ya,walaupun pelawak tak perlu memasukkan babi dalam lawaknya atau menggunakan produk-produk yang bukan MLM yang didakwa haram, dengan penampilannya sahaja,hasil pendapatannya boleh menjadi haram. Bagaimana? Dengan mempamerkan auratnya kepada orang lain. Seorang penghibur yang mencari rezeki yang halal perlulah mengikut cara Islam barulah rezekinya menjadi halal.
Cara Islam?
Ya,tutup aurat dan tidak berlebih-lebihan(dengan fatwa-fatwa lain). Jadi kalau penyanyi perempuan pakai seksi, menaikkan nafsu lelaki maka hukum hiburan itu haram dan hasil pendapatan daripadanya juga? Ya,pandai haram.
Actually aq xnak la sentuh bab artis sangat,sebenarnya dalam mencari rezeki yang betul-betul halal,'susah' caranya.
Susah?
"Jadi Islam susahkan umatnya cari rezeki?"
Tak,kenapa jalan mencari rezeki yang halal menjadi susah? Sebab kita tak amalkan Islam. Bilamana aq sebut kita,aq tak cakap aq dan korang je,aq cakap pasal masyarakat. Contohnya,arak masih dijual dalam masyarakat yang majoritinya Islam,contohnya di 7E. Yang jadi cashier orang Islam,secara tidak lansung memaksa orang Islam untuk jual arak. Bayangkan,kalau Islam diamal,arak tidak dijual,maka cashier tak perlu jual arak.
Contoh lagi,bank. Kalau bank pakai sistem riba dan kita terpaksa guna bank tersebut,automatik kita pun amalkan riba. Tapi bayangkan kalau bank pakai sistem Islam dan elakkan riba,makna kata(macam kawan aq selalu guna), kita pun takkan amalkan riba. Jadi usaha mencari rezeki halal menjadi senang,kan?
Entry ni aq tak tulis untuk hentam pelawak tu tapi supaya kita berfikir dan peringatan untuk aq sendiri. Well, kalau bab solat korang boleh taubat dengan Allah dan tak efek pada diri korang,kalau bab 'goncosh' dengan manusia,kita boleh minta maaf dengan Allah,manusia dan takda efek kat kita tapi bab rezeki halal,ya kita boleh bertaubat tapi ketahuilah,apa yang kita makan akan menjadi darah daging kita. Sanggupkah hidup di atas muka bumi Allah dengan daging yang haram? Kalau sanggup,ok,darah daging kita tu akan diturunkan kepada anak kita,sanggupkah kita tengok anak kita hidup dengan daging yang haram sebab kita?
Sanggup juga?
Lantak hang!
Hhahahaha
p/s:aq agak bimbang mesej aq tak sampai,so sapa rasa xpaham,tanya kat komen..yoropiku!
p/s2:kebelakangan ni aq xbanyak update pasal Jepun,nanti aq try catch up...sry