Saturday, October 29, 2011

Kalau Asyik Memberi,Bila Nak Terima?

Kita budak baik. Kalau ada sampah di tengah jalan,kita kutip sampah tu,simpan dalam poket kita,bila jumpa tong sampah,kita pun buang. Kita takut orang di belakang kita tersepak sampah tu dan kotorkan kaki dorang. Poket kita kotor takpe sebab kita budak baik.

Dan kita budak baik. Kita takkan guna komputer kawan kita untuk buka Facebook padahal komputer dia tengah online dan dia tengah tidur,kita tak suka main barang orang lain tanpa izin.

Serius,kita budak baik. Kalau kita ada sekeping roti,kita akan bahagikan roti itu kepada separuh-separuh, separuh kita makan dan separuh lagi kita bagi kawan kita makan. Kita takut kawan kita lapar.

Serius ni,kita memang budak baik. Bila dapat tahu ada Company nak tawarkan biasiswa untuk satu orang, kita tak kisah pun talefon kawan kita bagitahu Company tu tawar biasiswa,kita pun bersaing dengan dia untuk dapatkan tempat tu,at last,dia dapat tapi kita tak dapat. Tapi sebab kita budak baik, kita bergembira atas kejayaan dia.


Tapi kita yang baik ni sakit hati.

Kita sakit hati sebab kawan kita dah nampak tahi anjing kat tengah jalan tapi dia tak bagitahu kita. Tak pasal-pasal kita kena basuh kaki kita yang terkena tahu anjing. Dah la kita jenis was-was,kita tahu cukup dengan basuh dengan air kosong je tapi kita sertu juga sebab was-was,huh.

Kita lagi sakit hati,satu hari tu kita sakit taw,kita memang tak larat nak bangun pergi beli makanan. Kawan kita pergi ke kedai beli makanan,ok la dia tak beli untuk kita sebab tu duit dia tapi paling kurang, bagitahu la dia nak pergi kedai sebab kita pun nak kirim. Kita,makan roti yang sekeping pun potong dua,huh.

Kita memang sakit hati. Kawan kita tu tahu yang kita betul-betul nak cari sponsor biasiswa. Ada satu ketika,dia tahu yang ada syarikat nak taja budak sambung master tapi sebab dia dah dapat(yang kita bagitaw tu),dia buat taktahu je,ade ke dia tak bagitaw kita. Dia takpe la da dapat biasiswa,huh.

Kita sedih taw kawan kita buat kat kita macam tu. Kita tak pernah buat dia macam tu tapi dia selalu buat kita macam tu. Kita terasa hati taw. Takleh ke dia buat macam kita buat kat dia? Sob,sob,sob. Kita mengadu kat abang angkat kita la.

Abang angkat kita pun bagi nasihat kat kita.

"Adik,adik takleh expect orang bagi apa yang kita bagi,tak semua orang sangat baik macam adik,baik,baik sangat. Bila kita bagi something kat orang, kita kena buat dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Mengharapkan balasan tu bukan tyme kita tengah bagi tapi bila-bila. Memang tyme kita tengah bagi,kita tak terfikir pun nak dapat balasan,so yang jadi ujiannya,apabila kita tak berupaya untuk memberi. Betul dik,memang kita manusia takleh lari daripada perasaan ingin menerima tapi jangan zahirkannya,minta pada Allah. Kalau dia tak bagi juga,cuba cakap elok-elok dengan dia, jangan sampai jadi gaduh,insya Allah kalau dia faham,dia pun akan jadi baik macam adik juga. Tapi kalau adik pendam,nanti hubungan adik dengan dia renggang,bila berdua,jadi kekok. Tapi tu la, yang paling penting,adik kena faham yang bukan semua orang baik macam adik."

Erti hidup pada memberi.

Habis tu bila nak menerima?

Cuba beri dulu,baru fikir bila nak terima.

Kalau dia tak beri gak?

Ikhlas ke tak tyme beri tu?

Renungkan,untuk diri ini sendiri dan semua orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...