Apa alternatif zina?
Kahwin....Betul ke Kahwin itu alternatif kepada zina?
Jom fahamkan maksud alternatif dengan gambar-gambar comel di bawah.
Disebabkan aku tersangat suka Deviling Ragnarok,aku katakan kita semua sebagai Deviling. Matlamat kita adalah buah Epal(betul ke ejaan Epal ni?hahahha) dan musuh kita adalah Bulbasaur, katakan Bulbasaur boleh makan kita jadi kita kena elakkan Bulbasaur.
Kita berada di bawah dan buah Epal berada di atas.
Jalan utama atau jalan default adalah straight tanpa belok-belok.
Tetiba Bulbasaur datang sekat kita,kita nak makan Epal tu sangat-sangat,nak tak nak,kita kena cari jalan lain iaitu jalan tepi seperti gambar di atas.
Ok,dah faham jalan alternatif itu apa?
Selalu sangat kita dengar ayat 'Islam tidak sekat fitrah tetapi Islam sediakan Alternatif untuknya' dan kita bersetuju dengannya.
Tetapi yang pelik,dalam masa yang sama kita mengaku bahawa Islam adalah agama fitrah setiap orang, agama default bagi semua orang adalah Islam.
Sebenarnya aku pun baru sedar benda ni lepas dengar talk dari UZAR(video ada di bawah). Disebabkan kita dah sebati dengan budaya barat (couple,zina,hiburan),dalam sedar atau tidak kita telah mengakui bahawa budaya itu adalah fitrah kita padahal tidak.
Islam bukan agama pilihan(alternatif) tetapi Islam adalah jalan utama untuk kita menuju ke syurga.
"Saya nak kawin sangat..nak sangatt tapi ayah awek saya tak bagi..So alternatif dia zina?"(nada Zifi)
Tak,tiada alternatif zina dalam Islam. Check dulu kenapa ayah awek kita tak bagi,apakah jalan-jalan yang Islam sediakan untuk kita. Pasti ada caranya cuma kita masih belum cukup ilmu tentangnya. Kalau ayah awek kita tak bagi tapi kita sudah mampu,Islam benarkan kita berkahwin dengan Wali Hakim,contohnya. Kalau tak mampu,alternatifnya puasa.
"Takleh,saya dah puasa tapi still tak mampu.."
Mudahnya,puasa kita itu bukan puasa mengikut Islam atau biasanya yang beralasan sebegini sebenarnya tak puasa pun.
Percayalah,Islam tidak pernah menyekat fitrah manusia sebab Islam itu sendiri fitrah kita. Cuma disebabkan dibesarkan di sekolah acuan Inggeris,hiburan barat,buku-buku barat,diskusi barat,kita fikir cara hidup barat adalah cara hidup fitrah.
Jangan hidup dalam penipuan,ayuh kembali kepada fitrah.
Skip ke Talk UZAR dah la kot..Mamat Khalid pun ok..



