Lain pula dengan Adila,dia bukanlah dari keluarga yang kaya. Dari kecil dia diajar berdikari,kalau nak makan,masak sendiri dan selepas makan,basuh pinggan sendiri. "Lepas kita berak,siapa cuci punggung kita? Orang lain atau kita?" Itulah nasihat mak Adila,walaupun tidak berapa sopan tetapi cukup besar maknanya.
Nak dijadikan cerita,Adira dan Adila mendapat biasiswa dek kepintaran mereka,mereka akan menyambung pelajaran ke Jepun dan mereka tinggal serumah. Bila makan, Adila akan basuh pinggan dan kemas dapur disebabkan telah dididik dari kecil. Tapi bila Adira makan,dia akan tinggal pinggan yang digunanya di dalam sinki dan terlupa untuk basuh.
Lama-kelamaan,Adila tidak tahan dengan perangai Adira yang suka tinggal pinggan di dalam sinki. Akhirnya dia bersuara menegur Adira, "weh,basuh ar pinggan lepas makan,takkan saya nak basuh. Dah la saya yang masak,basuh pinggan pun takleh ke.."
"Owh,sorry,sorry. Saya tak biasa senanye,tu asyik terlupe.." Balas Adira.
"Eh,seriously? Common sense kot.." Marah Adila dengan nada yang tinggi.
Noktah.
Actually aku baru bertikam-lidah dengan seseorang bab common sense. Aku panggil dia 'ore tino' dan dia terasa hati,dia kata aku biadap(samakan dia dengan haiwan),sepatutnya aku panggil dia 'orang perempuan' dan dia kata panggilan 'orang perempuan' adalah common sense. Masalahnya,di Kelate, kaum hawa dipanggil dengan 'ore tino' dan ianya sopan.
Lepas peristiwa tu,aku sedar bahawa common sense itu berbeza bagi setiap antara kita. Mungkin bila 'common sense' dia berbeza dengan kita,baik kita tanya dulu apakah ini common sense bagi dia atau tidak supaya pergaduhan atas alasan 'common sense' tidak berlaku.
Senior aku cerita,pernah dia dan 4 orang kawan Jepun dia ingin berjumpa dengan orang atasan dan sibuk mencari buku tentang common sense bila berjumpa dengan orang atasan,then senior aku bagitahu, "kalau kelima-lima kita tak tahu benda tu,so itu bukan common sense la kan?"
So, apa itu common sense sebenarnya?
Sejujurnya,aku rasa kita keliru apa itu tabiat dan apa itu common sense.
Kan?