Dan untuk pengetahuan, Industri Semi-Konduktor Jepun jatuh dengan hebat sekali. Sharp Dan Renesas terpaksa tutup beberapa buah kilang mereka sebab penjualan yang tidak memberansangkan,begitu juga dengan syarikat A.
Senior : Selamat tahun baru
Syarikat A : Selamat tahun baru
Senior : So,dah nampak cahaya-cahaya harapan?
Syarikat A : Maaf lah, buat masa sekarang,memang takkan naik lagi. Kita tengok balik bulan 4 nanti.
Senior : Oh,memang takleh buat apa ek...Ic.. (sambil buat muka sedih)
Syarikat A : Saya minta maaf la... (sambil tunduk)
Senior : Eh,eh,tak perlu kot minta maaf,hahaha
Syarikat A : Kami akan berusaha lebih kuat!
Senior : Terima kasih!
Wah,aku terkejut bila syarikat A minta maaf dengan aku sebab syarikat A bukan syarikat kecik macam syarikat aku tapi salah satu daripada 6 syarikat yang pegang Jepun. Kalau korang rasa Sharp tu hebat, syarikat A ni 10 kali Sharp.
Dan di sini aku sedar kepentingan 'kenapa semua orang perlu jadi kaya',bukan aku seorang dan bukan engkau seorang tapi semua orang. Sebagai contoh;
Mamat seorang Nelayan. Amir seorang penjual kapal. Taqi penjual baju dan Khalis penjual komputer. Mamat ke laut cari ikan,ikan dijual di pasar. Kalau semua orang kaya (Amir,Taqi,Khalis), semua orang boleh beli ikan yang Mamat jual,Mamat untung, Mamat boleh beli kapal dari Amir,baju dari Taqi dan komputer dari Khalis. Katakan 3 orang itu miskin, ikan yang Mamat jual tak laku, Mamat tiada duit untuk beli kapal atau minyak baru, akhirnya, Mamat berhenti dari jadi Nelayan. Ikan di pasar tiada,yang lain tak dapat beli ikan. Ekonomi terbantut.
Nampak kepentingan semua orang jadi kaya?
Bila kita semua kaya,kita mampu tolong beli barangan yang kawan-kawan kita jual dan dia pun boleh beli apa yang kita jual,ketika ini,kuasa membeli berapa di tahap tip-top. Tapi kalau aku sahaja kaya, engkau dan dia miskin, percayalah, ketika itu ekonomi tak dijamin elok atau kemungkinan besar, engkau yang kaya pun akan jadi miskin. Kenapa?
Sebab kita juga menabung(simpan duit),jadi ada kemungkinan aku tak beli barang kau sebab aku nak menabung. Mengakibatkan, kau akan jatuh lagi miskin. Tapi,kalau aku dan dia kaya, kalau aku simpan duit sekalipun,dia akan beli barang kau,jadi kau terselamat(secara kemungkinan).
Nampak?
Sebab itu kita kena tolong kawan-kawan kita kaya walaupun dia tidak berkepentingan untuk kita tapi secara tidak formal, dia sebenarnya ada 'tolong' kita untuk kaya.
Tapi apa yang berlaku di Malaysia,tak kisah Melayu,Cina atau India, kita lebih suka 'cantas' orang lain. Aku dibesarkan dalam keluarga business dan aku nampak beberapa kali Melayu dan Cina cuba jatuhkan keluarga aku. Bahkan, syarikat salah seorang keluarga besar aku bankrap sebab kena sabotaj.
Kita lebih suka untuk dengki dan lihat kawan kita jatuh daripada melihat kawan kita gembira. Well, aku kena admit,aku pun sakit hati bila kawan aku dapat markah lebih tinggi dari aku masa sekolah dan sekarang,aku sakit hati bila ada kawan aku masuk Oil And Gas.
Tapi aku rasa,itu normal sebab kita manusia. Baik mana pun kita,sifat cemburu itu tetap ada cuma bagaimana kita nak didik hati kita untuk bergembira di atas kejayaan orang lain.
Ayuh berubah! Bila kita tengok kawan kita kaya, kita nekad dalam hati kita nak jadi lagi kaya daripada dia dengan cara kita sendiri. Jadikan dia pembakar semangat untuk kita! Bila motivasi diri kita jatuh, laung dalam hati kita;
"Eleh, dia tuuu pun boleh kaya,aku lagi la boleh!"