Kenapa Islam tidak berkembang di Jepun sedangkan Islam itu dekat dengan orang Jepun?
Kemudian ada salah seorang kawan Melayu dia komen;
Sebab Bahasa Jepun tidak boleh terangkan Islam secara terperinci.
Aku geleng kepala.
Jujurnya,selepas hampir setahun kerja di Jepun, aku dapati Bahasa Jepun sama perincinya dengan bahasa Arab. Eh,korang tak tahu Bahasa Arab sangat terperinci?
Darah dalam Bahasa Arab ialah Dam. Tapi bila darah itu berkumpul,ia dipanggil 'Alaqah'. Bila darah itu beku(bentuk pepejal),ia dipanggil 'Mudghoh'. (betulkan kalau aku salah)
Dan begitu juga dengan Bahasa Jepun. Contoh yang paling aku suka guna ialah perkataan beli. Dalam Bahasa Jepun,perkataan asas beli ialah 'Kau'. Bila membeli belah,perkataan itu berubah menjadi 'Kaimono'. Bila kita beli dan nak guna balik(nak jual balik),ia berubah menjadi 'Kaitori'. Bila beli kilang dan ingin jadikan kilang itu milik kita,perkataan 'kau' tidak lagi digunakan,sebaliknya,kita guna perkataan 'baikyaku'.
Nampak betapa detailnya Bahasa Jepun? Kiranya,bila sebut satu perkataan, kita dapat gambarkan hampir keseluruhan situasi.
Jadi aku geleng kepala sebab kita lebih suka menyalahkan benda luar daripada tengok kepada diri kita. Cuba fikir balik,apakah Bahasa Jepun tidak punya perkataan atau kita yang malas nak belajar Bahasa Jepun dan malas nak sebarkan Islam?
Kita bertepuk tampar sambil bermain 'cikebung-cikebung,siapa paling cantik cinderalla~~' bila ada orang Jepun kembali kepada Islam tetapi bila ditanya kenapa kamu tidak sebarkan Islam kepada orang Jepun, kita kata 'Bahasa Jepun tidak lengkap'.
Muhasabahlah!
Bukan Bahasa Jepun yang salah tapi kita yang sudah 24 tahun peluk Islam tidak cuba sebarkannya!