Saturday, January 19, 2013

Cerita Eigyo 18 : Kami Pemalu!

Bila orang Jepun ajak 'Jom pi minum',bermaksud, 'jom minum arak'. Kalau orang Malaysia ada budaya tengok bola di kedai mamak malam-malam, orang Jepun ada budaya minum arak malam-malam atau dipanggil 'Nomikai'. (Nomi - Minum Kai-Majlis/Keramaian)

Senior : Kat Malaysia takde lepak sama-sama ke malam-malam?

Aku : Ada tapi pukul 9, sambil-sambil tengok bola

Senior : E?! Lewatnya! Pukul 9 majlis ke dua (2 ji) - Orang Jepun kalau minum arak, ada yang akan sambung sampai 4 tempat. Katakan mula-mula di kedai makan, lepas itu di PUB,lepas tu di Kaberet dan last sekali karaoke.

Aku : Em,orang Malaysia tidur lambat. Pukul 11 tu pun duduk melalak lagi. Kalau duduk 1 apartmen dengan pelajar Universiti, pukul 4 pagi dorang duduk melalak lagi. Saya pun pernah buat :P

Senior : Ok,katakan orang Malaysia minum..Teh susu..Korang hu-ha-hu-ha ke?

Aku : Mesti. Saya,kalau ada meja lain nyanyi lagu Happy Birthday atau tepuk tangan,saya join sekali even tak kenal :P

Senior : Ic,patut la korang tak perlu minum arak. 

Aku : Eh?

Senior : Kami minum arak sebab nak pecahkan cengkerang malu kami

Aku : Ic

Senior : Orang Jepun ni pemalu. Bila kami mabuk baru kami cakap apa yang kami pendam. Tak tahulah ni baik atau tak,kadang-kadang jadi lagi rapat dan kadang-kadang,gaduh pun ada.



Aku tak rasa orang Jepun je pemalu tapi kebanyakan orang Asia adalah pemalu. Malu yang aku maksudkan, bila kita jumpa orang yang kita tidak kenal untuk pertama kali,sesiapa pun tak berani tegur mesra macam orang putih selalu buat. Tapi dalam orang Asia,orang Jepun lah yang sangat pemalu. Jumpa buat kali ke-2 pun,kemungkinan besar dia tak tegur pun ada, bukan sebab sombong tapi sebab malu.

Actually nak cari orang Jepun yang sombong sangat susah sebab aku rasa,orang Asia semua peramah cuma dengan gaya masing-masing. Aku rasa,malu buat kali pertama itu kebiasaan pada semua orang.Tapi bila dah kenal,haaa,amik kau!

Apa-apapun, aku sekarang dalam proses untuk buang malu bermesra dengan orang yang pertama kali aku kenal. Bila aku ke program,aku cuba tegur semua orang sebab aku rasa,kenal semua orang adalah satu rahmat.

Yang penting,kita tak perlukan arak untuk pecahkan cengkerang malu kita!

Hip-Hip-Horray!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...