Tuesday, March 12, 2013

Cerita Eigyo 50 : Cerita Tentang Harga Rumah Malaysia

Aku pergi Senawang dengan senior,nampak satu papan iklan besar,iklan jual ruah semi-d,harganya RM500k.

Aku : Mahalnye rumah...

Senior : Berapa?

Aku : Tu,tengok tu, RM500k

Senior : Boleh beli la,kan gaji awak banyak (senior aku tak tahu gaji aku direndahkan,tak sama dengan gaji aku di Jepun )

Aku : Mana ada,gaji saya rendah la. Kan dah kena standardize balik.

Senior : Oh..Berapa?

Aku bagitahu gaji aku.

Senior : Kalau gaji awam macam tu,mahal gila la rumah kat Malaysia.

Aku : A'a.

Senior : Bila fikir balik,mana logik rumah kat Malaysia mahal

Aku : Orang main jual-beli rumah senpai..

Senior : Bukan,satu benda yang awak kena fikir kenapa rumah di Malaysia tak logik naik harga ialah...

Aku : Ialah?

Senior : Malaysia ialah hutan! KL dan Selangor je maju! (Senior aku dah 3 tahun di Malaysia) Oh,Penang pun.

Aku : Betul jugak.

Senior : Lagi,apa awak kata? Main jual beli rumah? Beli sekejap then jual dengan harga mahal?

Aku : A'a

Senior : Jangan bubble pecah macam Jepun dah la. Jepun dulu macam ni juga,orang mampu beli rumah beli rumah. Tunggu sekejap,harga rumah naik,dia jual dengan harga tinggi sikit dari dia beli. Disebabkan orang lain pun mampu,rumah terjual. Dengan duit untung tadi,dia buat modal beli rumah baru dan disebabkan dia ada latar belakang yang ok,bank bagi buat loan,dia beli rumah baru. Jual bila harga naik. Diulang sampailah harga satu bilik sama dengan 1 juta! Orang dah tak mampu beli. Buyer rugi,loan bank tak mampu bayar, pap! Bubble pecah! Semua orang yang kaya tadi jadi miskin balik.

Aku : Tu la, kerajaan Malaysia patut belajar dari apa yang berlaku di Jepun,China,Korea dan Spain barulah Malaysia dapat diselamatkan. Tapi tu la,kerajaan Malaysia mana belajar. Haish...

Mengeluh.


So,apa cadangan aku untuk halang daripada bubble pecah?

Senang,limitkan pembelian rumah. Maka timbul persoalan seterusnya,bagaimana dengan rumah yang diwarisi? Jadi,kita ubah undang-undang, contoh, semua orang mampu beli 2 rumah peribadi sahaja kecuali rumah diwarisi atau dihadiahkan oleh orang lain. Kalau dia nak warisi 1000 rumah sekalipun,itu tidak jadi masalah cuma dia hanya mampu beli 2 rumah sahaja.

Katakan aku kaya,aku beli 2 rumah jadi aku dah tak mampu milik rumah lain?

Boleh,dengan cara aku suruh si Timah yang miskin beli atas nama dia. Aku bagi dia upah sikit. Dengan cara ini, borongan rumah dapat dihentikan dan orang miskin dapat buat duit sedikit.

Well,aku tak tahu soal hartanah. Apa yang aku tahu,kalau Malaysia tidak control urusan hartanah, Malaysia akan hancur macam Spain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...