Al-kisah bermula di kaunter check-in Firefly. Disebabkan kami Web Check In untuk KB->KL, ,Check In pass untuk KB->KL perlu diminta di Kaunter Check In,tidak boleh diprint macam biasa. Jadi, senior aku nak minta return ticket dari akak kaunter;
Senior : Return Ciket please
Akak Kaunter : Em? (Sambil tengok senior aku dengan muka tak faham)
Senior : We want return ticket please.
Akak Kaunter masih tak faham tapi mulakan kerja mendaftar kami untuk ke KB. Melihat kami yang masih tidak berganjak dari kaunter check-in;
Akak Kaunter : Yes sir?
Senior : Return ciket please
Akak Kaunter : Em?
Aku : Return ticker please
Akak Kaunter : Oh,return ticket,hahahaha
Apa yang aku nak cerita, ramai orang Malaysia bila tidak faham apa yang diminta atau arahan,dia akan buat bodoh. Mungkin fikir perkara itu akan sempurna dengan sendirinya atau perkara itu tidak penting atau malu untuk bertanya balik atau serabut.
Sifat ini perlu diperbetul jika kita mahu maju,baik dalam hal dunia mahupun agama. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan orang lain seperti kes di atas.
Bye.