Friday, August 12, 2011

Bahasa Jepun Awak Hebat Gile!

Bayangkan.Anda masuk ke dalam bilik temuduga,anda ketuk pintu,minta izin masuk,berdiri di tepi kerusi dan perkenalkan diri anda.

"Saya Wan Muhammad Asraff dari Takushoku University."

Tetiba salah seorang penemuduga bangun,tepuk tangan dan tunjuk ke arah anda sambil menjerit,

"Bahasa Jepun awak power gile!"

Bayangkan,baru je perkenalkan diri dengan 1 ayat,dah dapat pujian yang melampau. Apakah itu pujian atau kritikan? Peristiwa ni tak berlaku kat aq tapi kat kawan aq dan bagi aq itu satu ejekan tapi aq terfikir, untuk apa dia ejek?

Entahlah,apa pendapat korang?


Aq belajar bahasa Jepun selepas SPM,masa kursus intensif bahasa Jepun di Kem Rakan Muda,aq belajar bahasa Jepun dengan orang Melayu jadi pembelajaran agak senang sebab kalau tak faham,boleh tanya terus dalam bahasa Melayu."Sensei,taberu tu apa?" Sensei pun jawab,"taberu tu makan."

Tapi lepas kursus intensif,aq masuk JAD,sensei yang ajar bahasa Jepun semuanya orang Jepun dan hampir semua tak boleh bercakap bahasa selain bahasa Jepun. Jadi bila aq xfaham,aq tanya,satu-satu cara yang dia boleh explain kat aq ialah dengan lakonkan perkara tersebut."Sensei,maksud neru apa?"Sensei pun jawab,"Neru tu....(lakonkan tidur)" So semua orang pun tidur,hahahha.

Suasana dalam kelas bahasa Jepun awal-awal dulu,sebijik macam video di bawah,hahaha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...