Friday, January 27, 2012

Kenapa Tak Perlu Update Status Pelik-Pelik Di Facebook ( Dari Sudut Kejuruteraan + Agama)

15 tahun dahulu, kita tak dapat bayangkan bagaimana mudahnya komunikasi di zaman sekarang. Sebut sahaja internet,ianya bukan sesuatu benda umum di waktu itu tetapi lihatlah sekarang,kalau tak dapat online internet, kita akan cari alternatif lain paling kurang untuk berkongsi masalah cinta "saia tak sue-car are-wak booat saia marcham nie" di Facebook dan update status pelik-pelik "fuh,selamat tak tertinggal iphone lam bilik,kalo x,berak tanpa bertwitterla jawabnya.." di Twitter dan tidak lupa, memuat tanda 'Cerahjeff Was Here' dengan Foursquare.

Cuba bayangkan apa yang akan berlaku 15 tahun nanti,150 tahun nanti?

Antara sebab terbesar kita perlu hentikan update status sampah kita di Facebook,Twitter dan sebagainya ialah desas-desus teknologi akan datang. Ideanya cukup menarik,'klon manusia masa hadapan'. Teknologi pengklonan sekarang menemui jalan buntu dan banyak kesimpulan yang dibuat menyatakan pengklonan manusia secara fizikal adalah sesuatu yang mustahil. Tetapi pengklonan manusia secara intelektual,aktiviti harian,perangai,emosi,itu tidak mustahil kalau kita ada setiap data manusia tersebut.

Cyberpet - Pengklonan Binatang-Binatang Comel

Apa yang dimaksudkan dengan teknologi 'klon manusia masa hadapan' ialah mencipta manusia sekarang dalam bentuk alam maya dan dipancarkan dalam bentuk hologram. Sekarang kajian tentang Hologram yang bertindak balas dengan sentuhan,suhu,bunyi telahpun berjaya dihasilkan oleh pelajar-pelajar kejuruteraan di Jepun tetapi aplikasinya dalam hidupan seharian belum diterokai. Paling senang nak faham tentang 'pengklonan manusia' ini,bayangkan Cyberpet,Digimon atau Tamagochi.


Hologram Boleh Sentuh

"Saya percaya 10 updates dari seseorang tidak mampu menggambarkan dirinya tetapi 100 updates darinya,itulah dia,"- Ustaz Hasrizal Abdul Jalil.

Jadi,bagaimana memori klon manusia itu? Adakah jurutera juga yang akan memprogramkannya? Tidak,yang sedang memprogramkannya adalah kita sendiri! Apa yang kita update di Facebook,Twitter, Foursquare,email-email,semuanya disimpan di database mereka dan sesiapa yang pandai 'hacking' boleh ambil data daripada mereka dan siapa tahu,data itu digunakan untuk klon kita!

"Alah,masa tu aku dah mati,kalau ada klon aku pun,buat apa aku nak malu.."

Baiklah,katakan kita pernah menyiarkan sesuatu dosa,gambar dedah aurat,gosip artis atau mengutuk orang,pastinya perkara-perkara sebegini banyak sambutan dan akan disiarkan,mungkin akan diteruskan dari klon kepada klon kepada klon. Bayangkan kalau masa kita hidup yang lihat perkara itu 100 000 orang dan kita dapat dosa sebanyak 100 000(teorinya),ia diklon dan diklon dan diklon lagi,gandakanlah sendiri,nau'zubillah.

Jadi masih ingin update status pelik-pelik di Facebook dan Twitter? Tak malu kalau cucu kita tengok nanti bahawa datuk dia update status dengan ejaan pelik-pelik? Tak takut dosa kita digandakan dan kita terus disiksa?

"Ala,15 tahun lagi dah kiamat la,xsempat teknologi tu.."

Hatta Rasulullah tidak tahu tentang tarikh kiamat,inikan pula kita yang asyik update status "jom jadi skandal sayyee..."

Fikirlah,semua dah besar..


Bila kita mati,apa akan jadi dengan Facebook kita?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...