Saturday, January 21, 2012

Kita Mencari Tuhan Ketika Kita Gila!

Sedang dia lena di atas tilamnya yang empuk,dia bermimpi yang terdengar bunyi pergerakan di atas loteng istananya.Dia terfikir bahawa masakan ada pergerakan di atas loteng istana yang begitu tinggi.Disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi,dia pun panjat ke loteng dan dia dapati ada seorang lelaki sedang bergerak ke hulu hilir seakan-akan sedang mencari sesuatu.

Dia menegur lelaki tersebut.

“Wahai lelaki,aku seakan-akan melihat engkau mencari sesuatu,apakah yang engkau tengah cari?”Tanya dia.

“Aku sedang mencari unta aku yang hilang,”jawab lelaki tersebut.

“Gilakah engkau,mencari unta di tempat setinggi ini!”Marah dia yang merasakan dirinya dipermainkan.

“Gilanya aku mencari unta ku samalah seperti gilanya engkau mencari Tuhan mu dalam kemewahan!”Balas lelaki tersebut.

 Tiba-tiba,dia pun terjaga dari tidurnya.Lantas merenung cerita di sebalik mimpinya.

Siapa Dia?

Dia Ibrahim Bin Adham,seorang raja yang membuang kekayaannya untuk mengenal Allah. Apakah kita sanggup berkorban seperti beliau? Baca kisahnya di sini [Azzariyat]
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...