Monday, March 4, 2013

Cerita Eigyo 41 : Suit Harga RM6k


nota: eigyo bermaksud sales. Kerja aku pergi jumpa customer,biasanya dalam perjalanan aku ke tempat customer,banyak perbualan kosong antara aku dan senior.



Kami sedang menuju ke Kumamoto dari Fukuoka.

Aku : Senpai,senpai beli tak suit bernilai 200,000Yen (RM6600)? (Biasa suit yang elok kualiti dan potongan di Jepun boleh didapati dengan harga 30,000Yen)

Senpai : Tak la,saya tak minat,kenapa?

Aku : Ada kawan saya kata impian dia nak beli suit harga tu.

Senpai : Ooo,standard la tu.

Aku : Standard?

Senpai : Setiap orang ada minat masing-masing,contohnya,saya minat Jam. Dalam hidup saya, saya akan beli satu Rolex even harga dia 1,000,000Yen! Lagi,kasut! Saya sanggup beli kasut mahal-mahal sebab saya suka kasut.

Aku : Betul juga.

Senpai : Kita kena hormat minat orang lain sebab apa yang kita lihat tak sama dengan orang lain lihat. Macam awak tengok Osashimi,macam hidangan dari Syurga tapi orang Malaysia lain yang tengok Osashimi? Tak ubah macam bangkai kan?

Aku : A'a. Mungkin paling senang nak faham, masa kita kecil dulu,ada patung Ultraman depan mata, tiba-tiba patung itu hidup. Boleh laser-laser lagi kan?

Senpai : Betul-betul

Aku : Sekarang,tengok patung Ultraman,memang patung. Takda sebarang nilai. Beli pun taknak.

Senpai : Ye,sebab itu kita kena hormati minat kawan-kawan kita,minat orang lain. As long apa yang dia minat tak beri kesan buruk pada kita.

Aku : Kesan buruk pada kita?

Senpai : Contohnya,saya minat awak...

Dua-dua : Hahahahahha


Errr....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...